Monday, March 12, 2007

Doa dan Amalan

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, 
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
 
 
TUJUH KALIMAT PENYELAMAT
 
Barang siapa hafal tujuh kalimat, 
ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat 
serta diampuni dosadosanya walau sebanyak buih dilaut.
 
1· Mengucap Bismilahirahmanirahim
pada tiap tiap hendak melakukan sesuatu.
 
2· Mengucap Alhamdulillah 
pada tiap tiap selesai melakukan sesuatu.
 
3· Mengucap Astagfirullah 
jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
 
4· Mengucap InsyaAllah 
jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
 
5· Mengucap La Haula Wala Kuwwata Illa Billah 
jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
 
6· Mengucap Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun 
jika menghadapi dan menerima musibah.
 
7· Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah 
sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, 
mudah mudahan mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu,
walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.
 
 
 
SINAR CAHAYA AYAT KURSI
 
"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim Bismillahirrahmannirrahim" 
Allahu la illaha illa hu
Wal Hayyul Qayyum
La te huzuhu sinetun wala nawmun
Lahu ma fissemawati wa ma fil'ardi
Men thallathiy yeshfe'u indehu illa biznih
Ya'lemu ma beyne eydiyhim
wa ma halfehum
wa la yuhiytune
bishey'in min ilmihi
illa bima sha-a wasia kursiyyuhu semavati wal'ard
Wa la yeuduhu hifzuhuma wa hu wal aliy ul aziym

 
Dalam sebuah hadis, 
ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. 
Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap 
kesetiaan isteri dirumah dan keraguan dihati isteri terhadap 
kejujuran suami di luar rumah. 
 
Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah 
Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya Di saat itu syaitan 
akan lari bersama-sama dengan salam itu
 
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,
Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
 
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, 
dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
 
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, 
tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa 
membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, 
rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.
 
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang fardhu, 
Allah swt ,emganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan
orang yg benar, pahala nabi-nabi serta melimpahkan rahmat kepadanya.
 
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT 
mengutuskan tujuh puluh ribu Malaikat kepadanya mereka semua memohon keampunan 
dan mendoakan baginya.
 
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan 
mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang 
bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
 
Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya 
Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
 
 
 

FADHILAT SURAH AL-FATIHAH

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim Bismillahirrahmannirrahim"
Al-hamdu lillahi Rabb il-'alamin
Ar-Rahman Ar-Raheem
Maliki yawmi-d-Din
Iyya-ka na'budu wa iyya-ka nasta'in
Ihdina-sirat al-mustaqim
Sirat al-ladhina an'amta 'alai-him
Ghair il-Maghdubi 'alai-him wa la-d-dallin

Amin

To make someone think of you all the time :

Read the Al-Fatihah 14 times before going to sleep.

For terminal diseases:

Read the Al-Fatihah 41 times and blow it in the water.

Drink and take a bath with that water.

For the mentally ill:

Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the person's head once

in the morning and once at night, everyday without fail.

When in extreme pain:

Read the Al-Fatihah 3 times and blow it in a glass of water and drink it.

Then, read the Al-Fatihah while rubbing the area that is in pain.

For babies who cry at night or at any time:

Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the baby's head.

For injury :

ex: Cut, Bee sting, Bleeding, Finger got slammed by the door

Read the Al-Fatihah 3 or 7 times, using your thumb, take your saliva from

the "langit-langit" of your mouth and rub it onto the injured area.

All of the above INSYAALLAH will work with several conditions:

Believe that the Al-Fatihah is the best "penawar" for everything

Read it with full "khusyuk" Tawakal to Allah

Use it with GOOD "niat" /intentions.

Untuk yg berhajat:

(percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh, dikurniakan cahaya mata,

sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka, diampunkan dosa dan >sebagai nya)

Dilakukan pada hari Jumaat selepas sembahyang Asar sehinggalah

masuknya waktu Maghrib. Duduk menghadap kiblat lakukannye dgn khusyuk

dan yakin yg ALLAH akan membantu kita

Baca lah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Allah

berulang-ulang sepanjang-panjang kita duduk selepas sembahyang asar

sehinggalah masuknye waktu maghrib.

Masuk sahaja waktu Maghrib, di kala the first "Allahuakbar" dilaungkan, terus lah

angkat >tangan dan berdoa kepada Allah yg MAHA berkuasa dgn apa yg dihajati.

Buat sebanayk 3 Jumaat berturut turut >Mintak lah yg baik gaik. Niat biar baik.

InsyaAllah akan dimakbulkan oleh Allah. Wallahualam.

 
 
 
FADHILAT SURAH AL-IKHLAS



"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim Bismillahirrahmannirrahim"
Qulhuwallahu ahad. Allahussamad.

Lam yalid Walam yu-lad.

Walam yakul lahu kufuwan ahad.


Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan

ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di

sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, sebanyak 3 kali.



Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.
Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam

kerana malaikat rumah akan menyahut.

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia,

maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan

kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian

siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.


Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya :


Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit?

Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah

mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada

Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa

yang dikatakannya itu.



Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.


Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca

surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.

Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya

sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s,

Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,

Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s,

Walam Yakullahu kufuan ahad tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

FADHILAT SURAH AL-KAUTHAR

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim Bismillahirrahmannirrahim"
Inna a 'taina ka-l-Kawthar

Fa salli li-Rabbi-ka wa-nhar

Inna shani' a-ka huwa-l-abtar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat

& diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.

Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu

dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.

Kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu

anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.

makbulkan doa kita.

Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,

Insya'Allah hilang dahaga.

Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar

yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan

Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk

ketika menunaikan solat.

Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t.

akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

DOA UNTUK AYAHBONDA



Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka Perindahkanlah ucapanku didepan mereka

Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan Lembutkan hatiku untuk mereka



Ya Allah,

Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan

pahala yg besar atas kesayangan yg mereka limpahkan kepadaKU

Ya Allah,

Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka

deritakan kerana AKU, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanKU

jadikanlah itu semua penyebab utk hilangkan dosa-dosa mereka dan bertambahnya

pahala-pahala dan kebaikan mereka dengan perkenanMU

Ya Allah,

Kerana engkau sajalah yg berhak membalas kejahatan

dengan kebaikan dengan berlipat ganda


Ya Alllah,

Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, Izinkanlah mereka

memberi syafa'at untukku. Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi

syafa'at untuk mereka, sehingga kami semua berkumpul bersama dengan

santunn-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu

serta rahmat-mu Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,

serta anugerah yang tak berakhir dan

Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

DOA UNTUK KEKASIH

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ..

Ya Allah... .

Seandainya telah Engkau catatkan... .

Dia milikku tercipta buatku... .

Satukanlah hatinya dengan hatiku... . Titipkanlah kebahagiaan antara kami...

Agar kemesraan itu abadi... . Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi... .

Seiringkanlah kami melayari hidup ini... . Ke tepian yang sejahtera dan abadi... .

Maka jodohkanlah kami... .

Tetapi ya Allah... .

Seandainya telah Engkau takdirkan

Dia bukan milikku... .

Bawalah dia jauh dari pandanganku... . Luputkanlah dia dari ingatanku... .

Dan peliharalah aku dari kekecewaan... Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti... .

Berikanlah aku kekuatan... . Menolak bayangannya jauh ke dada langit... .

Hilang bersama senja yang merah... . Agarku sentiasa tenang... .

Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...

Pasrahkanlah aku dengan takdirMu... Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan...

Adalah yang terbaik untuk ku... Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui... .

Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini... .

Ya Allah... ..

Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... . Di dunia dan di akhirat... .

Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini. Janganlah Engkau biarkan

aku sendirian. Di dunia ini mahupun di akhirat. Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan

dan kemungkaran... . Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... .

Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup Ke jalan yang

Engkau redhaie dan kurniakanlah padaku keturunan yg soleh dan solehah

Ya Allah... ..

Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat... Dan peliharalah

kami dari azab api neraka... . AMIN... AMIN... AMIN... . Ya rabbal 'aalamin

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, 
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Thursday, February 22, 2007

PINTU-PINTU MASUKNYA SYAITAN

PINTU-PINTU MASUKNYA SYAITAN


Hati manusia bagaikan benteng sedangkan syaitan adalah musuh yang sentiasa
mengintai untuk menguasai benteng tersebut. Kita tidak akan dapat menjaga benteng
kalau tidak melindungi atau menjaga/menutup pintu-pintu masuknya syaitan ke
dalam hati. Kalau kita ingin memiliki kemampuan untuk menjaga pintu agar
tidak diserbu syaitan, kita harus mengetahui pintu-pintu mana saja yang
dijadikan syaitan sebagai jalan untuk menguasai benteng tsb. Melindungi hati
dari gangguan syaitan adalah wajib oleh kerana itu mengetahui pintu masuknya
syaitan itu merupakan syarat untuk melindungi hati kita maka kita diwajibkan
untuk mengetahui pintu-pintu mana saja yang dijadikan jalan untuk menguasai
hati manusia.
Pintu tempat masuknya syaitan adalah SEMUA SIFAT KEMANUSIAAN manusia yang
tidak baik. Bererti pintu yang akan dimasuki syaitan sebenarnya sangat banyak
namun kita hanya akan membahas pintu-pintu utama yang dijadikan keutamaan oleh
syaitan untuk masuk menguasai manusia. Di antara pintu-pintu besar yang akan
dimasuki syaitan itu adalah:

1. MARAH

Marah adalah kalahnya tentera akal oleh tentera syaitan. Bila manusia marah
maka syaitan mudah mempermainkannya seperti anak-anak mempermainkan bola.
Orang marah adalah orang yang sangat lemah di hadapan syaitan.

2. HASAD DENGKI
Manusia bila hasad dengki dan tamak menginginkan sesuatu dari orang lain maka ia
akan menjadi buta. RasuLULLAH saw bersabda:” Cintamu terhadap sesuatu akan
menjadikanmu buta dan tuli”. Mata yang dapat mengenali pintu masuknya syaitan
akan menjadi buta bila ditutupi oleh sifat hasad dan ketamakan sehingga
tidak melihat. Saat itulah syaitan mendapatkan kesempatan untuk masuk ke hati
manusia sehingga orang itu mengejar untuk menuruti syahwatnya walaupun jahat

3. PERUT KENYANG
Rasa kenyang menguatkan syahwat yang menjadi senjata syaitan. Dalam satu
riwayat disebutkan bahwa Iblis pernah menampakkan diri di hadapan Nabi Yahya
bin Zakaria a.s. Beliau melihat pada syaitan beberapa belenggu dan gantungan
pemberat untuk segala sesuatu seraya bertanya. Wahai iblis, belenggu dan pemberat
apa ini? Syaitan menjawab: Ini adalah syahwat yang aku gunakan untuk menggoda anak
cucu Adam.Baginda a.s bertanya lagi: Apa hubungannya
pemberat ini dengan manusia ? Syaitan menjawab: Bila kamu kenyang maka aku
beri pemberat sehingga engkau enggan untuk solat dan berzikir. Yahya a.s bertanya
lagi: Apa lainnya? Tidak ada! Jawab syaitan. Kemudian Nabi Yahya a.s berkata:
Demi ALLAH aku tidak akan mengenyangkan perutku dengan makanan selamanya.
Iblis berkata. Demi ALLAH saya tidak akan memberi nasihat pada orang muslim
selamanya. Banyak makan mengakibatkan munculnya enam hal tercela:
*Menghilangkan rasa takut kepada ALLAH dari hatinya.
*Menghilangkan rasa kasih sayang kepada makhluk lain kerana ia
mengira bahawa semua makhluk sama kenyangnya dengan dirinya.
*Mengganggu ketaatan kepada ALLAH
*Bila mendengarkan ucapan hikmah ia tidak mendapatkan kelembutan
*Bila ia bicara tentang ilmu maka pembicaraannya tidak akan dapat
menembus hati manusia.
*Akan terkena banyak penyakit jasmani dan rohani

4. CINTA PERHIASAN DAN PERABOT RUMAH

Bila syaitan melihat hati orang yang sangat mencintai perhiasan dan perabot
rumah maka iblis bertelur dan beranak dan menggodanya untuk terus berusaha
melengkapi dan membaguskan semua perabot rumahnya, menghiasi
dindingnya, silingnya, lantai dsb. Akibatnya umurnya habis disibukkan dengan
perabot rumah dan melupakan zikir kepada Allah.

5. Tergesa-gesa dan tidak melakukan re-check

RasuLULLAH saw pernah bersabda: Tergesa-gesa termasuk perbuatan syaitan dan
hati-hati adalah dari ALLAH SWT. ALLAH berfirman: ”Manusia diciptakan
tergesa-gesa”. Dalam ayat lain ditegaskan: “Sesungguhnya manusia itu sangat
tergesa-gesa”. Mengapa kita dilarang tergesa-gesa? Semua perbuatan harus
dilakukan dengan pengetahuan dan penglihatan mata hati. Penglihatan mata
hati menjurus kepada muhasabah dan ketenangan. Sedangkan tergesa-gesa
menghalangi itu semua. Ketika manusia tergesa-gesa dalam melakukan kewajipan
maka syaitan menebarkan kejahatannya dalam diri manusia tanpa disedari.

6. Mencintai Harta

Kecintaan terhadap wang dan semua bentuk harta akan menjadi alat hebat bagi
syaitan. Bila orang memiliki kecintaan kuat terhadap harta maka hatinya akan
kosong. Kalau dia mendapatkan wang sebanyak satu juta ringgit di jalan maka akan
muncul dari harta itu sepuluh syahwat dan setiap syahwat menginginkan satu
juta. Demikianlah orang yang punya harta akan merasa kurang dan menginginkan
tambahan lebih banyak lagi.

7. TAKSUB BERMAZHAB DAN MEREMEHKAN KELOMPOK LAIN

Orang yang taksub dan memiliki anggapan bahwa kelompok lain salah sangat
merbahaya. Orang yang demikian akan banyak mencaci maki orang lain.
Meremehkan dan mencaci maki termasuk sifat binatang buas. Bila syaitan
menghiasi pada manusia bahwa taksub itu seakan-akan baik dan hak dalam diri
orang itu maka ia semakin senang untuk menyalahkan orang lain dan
merendah-rendahkannya.

8. Kikir dan takut miskin

Sifat kikir ini mencegah seseorang untuk memberikan infaq atau sedekah dan
selalu menyeru untuk mengumpul harta kekayaan dan siksa yang pedih ditimpakan ALLAH
kepada orang yang mengumpul harta kekayaan tanpa memberikan haknya kepada
fakir miskin. Khaitsamah bin Abdur Rahman pernah berkata: Sesungguhnya
syaitan berkata: Anak cucu Adam tidak akan mengalahkanku dalam tiga hal
perintahku: Aku perintahkan untuk mengambil harta dengan tanpa hak,
menginfakkannya dengan tanpa hak dan menghalanginya dari hak kewajipannya
(zakat).
Sufyan berkata: Syaitan tidak mempunyai senjata sehebat senjata rasa takutnya
manusia dari kemiskinan. Apabila ia menerima sifat ini maka ia mengambil
harta tanpa hak dan menghalanginya dari kewajipan zakatnya

9. Memikirkan Dzat Allah

Orang yang memikirkan dzat ALLAH tidak akan sampai kepada apa yang
diinginkannya ia akan tersesat karena akal manusia tidak akan sampai kesana.
Ketika memikirkan dzat ALLAH ia akan terpeleset kepada kesyirikan.

10. Su’udzon terhadap orang Islam Ghibah

ALLAH berfirman dalam Surat Al Hujurat ayat 12 , maksudnya:
Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka,
sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu
mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat
sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging
saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan
bertakwalah kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha Penerima Taubat lagi Maha
Penyayang.
RasuLULLAH saw pernah bersabda: Jauhilah tempat-tempat yang dapat memunculkan
prasangka buruk.
Kalau ada orang yang selalu suudzdzon dan selalu mencari cela orang lain
maka sebenarnya ia adalah orang yang batinnya rosak. Orang mukmin sentiasa
mencari maaf dan keampunan tetapi orang munafik selalu mencari cela orang lain

Itulah sebagian pintu-pintu masuknya syaitan untuk menguasai benteng hatinya.
Kalau kita teliti secara terperinci kita pasti tidak akan mampu menghitung
semua pintu masuknya syaitan ke dalam hati manusia


Sekarang bagiamana penyelesaian dari hal ini? Apakah cukup dengan zikrULLAH dan
mengucapkan “Laa haula wa laa quwwata illa billah”? Ketahuilah bahwa upaya
untuk membentengi hati dari masuknya serbuan syaitan adalah dengan menutup
semua pintu masuknya syaitan dengan membersihkan hati kita dari sifat-sifat
tercela yang disebutkan di atas. Bila kita bisa memutuskan akar semua sifat
tercela maka syaitan mendapatkan berbagai halangan untuk memasukinya ia tidak
akan dapat menembus ke dalam kerana zikrULLAH. Namun perlu diketahui bahwa zikir
tidak akan kukuh di hati selagi hati belum dipenuhi dengan ketakwaan dan
dijauhkan dari sifat-sifat tercela. Bila orang yang hatinya masih diliputi
oleh akhlak tercela maka zikrULLAH hanyalah omongan jiwa yang tidak
menguasai hati dan tidak akan mampu menolak kehadiran syaitan. Oleh sebab itu
ALLAH berfirman, maksudnya:
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari
syaitan, mereka ingat kepada ALLAH, maka ketika itu juga mereka melihat
kesalahan-kesalahan nya. ( Al A’raaf 201)

Perumpamaan syaitan adalah bagaikan anjing lapar yang mendekati anda. Bila
anda tidak memiliki roti atau daging pasti ia akan meninggalkanmu walaupun
cuma mengherdiknya dengan ucapan kata. Tapi bila di tangan kita ada daging
maka ia tidak akan pergi dari kita walaupun kita sudah berteriak ia ingin
merebut daging dari kita. Demikian juga hati bila tidak memiliki makanan
syaitan akan pergi hanya dengan zikrULLAH. Syahwat bila menguasai hati maka
ia akan mengusir zikrULLAH dari hati ke pinggirnya saja dan tidak dapat
merasuk dalam relung hati. Sedangkan orang-orang muttaqin yang terlepas dari
hawa nafsu dan sifat-sifat tercela maka ia akan dimasuki syaitan bukan kerana
syahwat tapi kerana kelalaian dari zikrULLAH apabila ia kembali berzikir
maka syaitan langsung takut. Inilah yang ditegaskan firman Allah dalam ayat
sebelumnya:
Ertinya: Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah
kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. ( Al
A’roof ayat 200)

Dalam ayat lain disebutkan:
Ertinya: Apabila kamu membaca Al Qur'an, hendaklah kamu meminta perlindungan
kepada ALLAH dari syaitan yang terkutuk. Sesungguhnya syaitan ini tidak ada
kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakal kepada Tuhannya.
Sesungguhnya kekuasaannya (syaitan) hanyalah atas orang-orang yang
mengambilnya jadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutukannya
dengan ALLAH. (An Nahl 98-100)

Mengapa RasuLULLAH saw pernah bersabda: “Bila Umar ra. Melewati suatu lereng
maka syaitan mengambil lereng selain yang dilewati Umar.”? Kerana Umar
memiliki hati yang bersih dari sifat-sifat tercela sehingga syaitan tidak
dapat mendekat. Walaupun hati berusaha menjauhkan diri dari syaitan dengan
ZikrULLAH tapi mustahil syaitan akan menjauh dari kita bila kita belum
membersihkan diri dari tempat yang disukai syaitan yaitu syahwat, seperti
orang yang meminum ubat sebelum melindungi diri dari penyakit dan perut
masih disibukkan dengan makanan yang akan dicerna. Taqwa adalah perlindungan
hati dari syahwat dan nafsu apabila zikrULLAH masuk kedalam hati yang kosong
dari zikir maka syaitan mendesak masuk seperti masuknya penyakit bersamaan
dengan dimakannya ubat dalam perut yang masih kosong.
Allah SWT berfirman :
Ertinya: Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat peringatan
bagi orang-orang yang mempunyai hati atau yang menggunakan pendengarannya,
sedang dia menyaksikannya. (Qoof 37)

WALLAHU A’LAM


Earn extra cash