Monday, March 12, 2007

Doa dan Amalan

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, 
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
 
 
TUJUH KALIMAT PENYELAMAT
 
Barang siapa hafal tujuh kalimat, 
ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat 
serta diampuni dosadosanya walau sebanyak buih dilaut.
 
1· Mengucap Bismilahirahmanirahim
pada tiap tiap hendak melakukan sesuatu.
 
2· Mengucap Alhamdulillah 
pada tiap tiap selesai melakukan sesuatu.
 
3· Mengucap Astagfirullah 
jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
 
4· Mengucap InsyaAllah 
jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
 
5· Mengucap La Haula Wala Kuwwata Illa Billah 
jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
 
6· Mengucap Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun 
jika menghadapi dan menerima musibah.
 
7· Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah 
sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, 
mudah mudahan mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu,
walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.
 
 
 
SINAR CAHAYA AYAT KURSI
 
"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim Bismillahirrahmannirrahim" 
Allahu la illaha illa hu
Wal Hayyul Qayyum
La te huzuhu sinetun wala nawmun
Lahu ma fissemawati wa ma fil'ardi
Men thallathiy yeshfe'u indehu illa biznih
Ya'lemu ma beyne eydiyhim
wa ma halfehum
wa la yuhiytune
bishey'in min ilmihi
illa bima sha-a wasia kursiyyuhu semavati wal'ard
Wa la yeuduhu hifzuhuma wa hu wal aliy ul aziym

 
Dalam sebuah hadis, 
ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. 
Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap 
kesetiaan isteri dirumah dan keraguan dihati isteri terhadap 
kejujuran suami di luar rumah. 
 
Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah 
Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya Di saat itu syaitan 
akan lari bersama-sama dengan salam itu
 
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,
Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
 
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, 
dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
 
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, 
tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa 
membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, 
rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.
 
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang fardhu, 
Allah swt ,emganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan
orang yg benar, pahala nabi-nabi serta melimpahkan rahmat kepadanya.
 
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT 
mengutuskan tujuh puluh ribu Malaikat kepadanya mereka semua memohon keampunan 
dan mendoakan baginya.
 
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan 
mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang 
bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
 
Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya 
Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
 
 
 

FADHILAT SURAH AL-FATIHAH

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim Bismillahirrahmannirrahim"
Al-hamdu lillahi Rabb il-'alamin
Ar-Rahman Ar-Raheem
Maliki yawmi-d-Din
Iyya-ka na'budu wa iyya-ka nasta'in
Ihdina-sirat al-mustaqim
Sirat al-ladhina an'amta 'alai-him
Ghair il-Maghdubi 'alai-him wa la-d-dallin

Amin

To make someone think of you all the time :

Read the Al-Fatihah 14 times before going to sleep.

For terminal diseases:

Read the Al-Fatihah 41 times and blow it in the water.

Drink and take a bath with that water.

For the mentally ill:

Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the person's head once

in the morning and once at night, everyday without fail.

When in extreme pain:

Read the Al-Fatihah 3 times and blow it in a glass of water and drink it.

Then, read the Al-Fatihah while rubbing the area that is in pain.

For babies who cry at night or at any time:

Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the baby's head.

For injury :

ex: Cut, Bee sting, Bleeding, Finger got slammed by the door

Read the Al-Fatihah 3 or 7 times, using your thumb, take your saliva from

the "langit-langit" of your mouth and rub it onto the injured area.

All of the above INSYAALLAH will work with several conditions:

Believe that the Al-Fatihah is the best "penawar" for everything

Read it with full "khusyuk" Tawakal to Allah

Use it with GOOD "niat" /intentions.

Untuk yg berhajat:

(percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh, dikurniakan cahaya mata,

sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka, diampunkan dosa dan >sebagai nya)

Dilakukan pada hari Jumaat selepas sembahyang Asar sehinggalah

masuknya waktu Maghrib. Duduk menghadap kiblat lakukannye dgn khusyuk

dan yakin yg ALLAH akan membantu kita

Baca lah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Allah

berulang-ulang sepanjang-panjang kita duduk selepas sembahyang asar

sehinggalah masuknye waktu maghrib.

Masuk sahaja waktu Maghrib, di kala the first "Allahuakbar" dilaungkan, terus lah

angkat >tangan dan berdoa kepada Allah yg MAHA berkuasa dgn apa yg dihajati.

Buat sebanayk 3 Jumaat berturut turut >Mintak lah yg baik gaik. Niat biar baik.

InsyaAllah akan dimakbulkan oleh Allah. Wallahualam.

 
 
 
FADHILAT SURAH AL-IKHLAS



"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim Bismillahirrahmannirrahim"
Qulhuwallahu ahad. Allahussamad.

Lam yalid Walam yu-lad.

Walam yakul lahu kufuwan ahad.


Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan

ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di

sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, sebanyak 3 kali.



Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.
Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam

kerana malaikat rumah akan menyahut.

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia,

maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan

kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian

siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.


Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya :


Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit?

Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah

mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada

Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa

yang dikatakannya itu.



Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.


Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca

surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.

Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya

sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s,

Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,

Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s,

Walam Yakullahu kufuan ahad tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

FADHILAT SURAH AL-KAUTHAR

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim Bismillahirrahmannirrahim"
Inna a 'taina ka-l-Kawthar

Fa salli li-Rabbi-ka wa-nhar

Inna shani' a-ka huwa-l-abtar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat

& diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.

Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu

dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.

Kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu

anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.

makbulkan doa kita.

Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,

Insya'Allah hilang dahaga.

Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar

yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan

Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk

ketika menunaikan solat.

Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t.

akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

DOA UNTUK AYAHBONDA



Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka Perindahkanlah ucapanku didepan mereka

Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan Lembutkan hatiku untuk mereka



Ya Allah,

Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan

pahala yg besar atas kesayangan yg mereka limpahkan kepadaKU

Ya Allah,

Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka

deritakan kerana AKU, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanKU

jadikanlah itu semua penyebab utk hilangkan dosa-dosa mereka dan bertambahnya

pahala-pahala dan kebaikan mereka dengan perkenanMU

Ya Allah,

Kerana engkau sajalah yg berhak membalas kejahatan

dengan kebaikan dengan berlipat ganda


Ya Alllah,

Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, Izinkanlah mereka

memberi syafa'at untukku. Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi

syafa'at untuk mereka, sehingga kami semua berkumpul bersama dengan

santunn-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu

serta rahmat-mu Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,

serta anugerah yang tak berakhir dan

Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

DOA UNTUK KEKASIH

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ..

Ya Allah... .

Seandainya telah Engkau catatkan... .

Dia milikku tercipta buatku... .

Satukanlah hatinya dengan hatiku... . Titipkanlah kebahagiaan antara kami...

Agar kemesraan itu abadi... . Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi... .

Seiringkanlah kami melayari hidup ini... . Ke tepian yang sejahtera dan abadi... .

Maka jodohkanlah kami... .

Tetapi ya Allah... .

Seandainya telah Engkau takdirkan

Dia bukan milikku... .

Bawalah dia jauh dari pandanganku... . Luputkanlah dia dari ingatanku... .

Dan peliharalah aku dari kekecewaan... Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti... .

Berikanlah aku kekuatan... . Menolak bayangannya jauh ke dada langit... .

Hilang bersama senja yang merah... . Agarku sentiasa tenang... .

Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...

Pasrahkanlah aku dengan takdirMu... Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan...

Adalah yang terbaik untuk ku... Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui... .

Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini... .

Ya Allah... ..

Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... . Di dunia dan di akhirat... .

Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini. Janganlah Engkau biarkan

aku sendirian. Di dunia ini mahupun di akhirat. Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan

dan kemungkaran... . Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... .

Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup Ke jalan yang

Engkau redhaie dan kurniakanlah padaku keturunan yg soleh dan solehah

Ya Allah... ..

Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat... Dan peliharalah

kami dari azab api neraka... . AMIN... AMIN... AMIN... . Ya rabbal 'aalamin

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, 
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

No comments:

Earn extra cash